BUDAK SEKOLAH PUNYA BLOG!
Follow Dashboard
DAHI CECAH KE SEJADAH
Monday, December 12, 2011 | 0Superstar (s)!

bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
dengan kain kafan yang serba putih
pada waktu itu tiada guna lagi bersedih
walaupun orang yang datang itu merintih....

selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai
lalu dilaksanakna solat jenazah
dengan empat kali takbir satu salam beserta Fatihah
selawat dan doa sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah
tapi..apakah empat kali takbir itu dapat menebus
segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup???

apakah solat jenazah tanpa rukuk dan sujud

dapat membayar hutang ruku dan sujudmu yang telah luput??
sesungguhnya tertipulah dirimu jika beranggapan sedemikian 
jesteru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
usunglah dirimu ke tikar solat
sebelum kamu diusung ke liang lahad
menjadi makanan cacing dan makanan ulat
iringilah dirimu ke masjid sebelum dirimu diiringi ke pusara.....


tangisilah dosa-dosamu di dunia
kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan 
dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

kerana ianya berguna untuk yang tinggal
bukan yang pergi.....

beristighfarlah kamu sebelum kamu diistitighfarkan
namun..ketika itu, istighfar tidak menyelamatkan
ingatlah di mana saja kamu berada
kamu tetap berpijak dibumi TUHAN
dan dibumbungi dengan langit TUHAN
serta menikmati rezeki TUHAN......

justeru bila DIA menyeru
sambutlah seruan-NYA
sebelum dia memanggilmu buat kali terakhir
ingatlah kamu yang dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging
lalu daging itu membaluti tulang 
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....


ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
yang kalau jatuh ke tanah
ayam tak patuk itik tak sudi
tapi ALLAH menganggkatmu ke suatu mercu
yang lebih agung dari malaikat
lahirmu bukan untuk dunia
tapi gunalah ia buat melayar bahtera akhirat.....

sambutlah seruan "HAYYA 'ALAS SOLAAH"
dengan penuh rela dan bersedia
sambutlah seruan "HAYYA 'ALAL FALAAH"
jalan kemenangan akhirat dan dunia......


ingatlah yang kekal ialah AMAL
menjadi bekalan sepanjang jalan
menjadi teman diperjalanan
guna kembali ke pangkuan TUHAN
pada hari itu, tiada berguna harta
takhta dan puteri Isteri
kad kredit dan kereta
konduminium, saham dan niaga
KALAU DAHI TAK MENCECAH KE TIKAR SEJADAH DI DUNIA.......













| Newer Post
Anak Tebuan Comel!


hey ANDA !! Anak Tebuan Comel here .. "Simple Is My Lifestyle" blog nih pasai rindu aku kat abah aku ja..takdak kena mengena dengan hang pon.. huhu !:)

hate me?, move away!

INI MEDAN..BETA YANG PUNYA !


Entry About Stuff Site


PENGLIPUR LARA


pondan pondan kesayangan hamba !
KEPONDANAN


Let's Talk!


The Credits!

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Miss_Hana
Own this blog : NABILAH HAMZAH

Best View at GOOGLE CHROME!