PAGAR DIRI DARIPADA ILMU HITAM & SIHIR . . .
Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang
boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau
pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.
Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1)
- Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh
makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan
kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya
menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang
memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan
racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)
Pagar Kedua (2)
- Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap
seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan
sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah
S.W.T kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah
jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya
tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur,
melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah
terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa
hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy
dgn sanad yang baik.)
Pagar Ketiga (3)
- Mengambil berat tentang solat
berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan
seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa
terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia
akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah
S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu
yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang,
nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat
berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri
dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).
Pagar Keempat (4)
- Mendirikan Solat Tahajjud utk
memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh
memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan
telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi
yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah
diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan
tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya:
"Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al
Bukhari dan Muslim).
Pagar Kelima (5)
- Membaca doa perlindungan apabila
masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi
syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada
untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam
sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah
memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia
telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan
membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya
Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah
berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6)
- Memagar isteri selepas selesai akad
nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum
memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan
kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari
keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah
berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan
perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).
Pagar Ketujuh (7)
- Berwuduk sebelum tidur, membaca
ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan
telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al
Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan
sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu
Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau,
walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).
Sekian wassalam.
Older Post | Newer Post