6 PERSOALAN YG BERADA DI FIKIRAN ANK MUDA TNTG KAHWIN AWAL..
Monday, March 12, 2012 | 0Superstar (s)!
Rasulullah s.a.w bersabda:
Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah
masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan
anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.
(H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang
selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas
sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu.
Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah,
sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti
la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin
ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka
tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan
berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun,
tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah
mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam
PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin
dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat
biasiswa. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang
asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah
yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung
kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak
ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua
masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai
emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya
tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi
dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka
cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri.
Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun
orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai
penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari
hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah
Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
(An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad
nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun.
Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang,
sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat
dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri
jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Dan tidak perlu
sanding-sanding semua tu kerana hukumnya haram jika bersanding depan
bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa
jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal
yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana
sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis
perkahwinan dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah
seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang
penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi
menjaga kehormatan dirinya.
(H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin
meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin
bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak
daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang
perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak
bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan
yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin
terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin
kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan
untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan
alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w:
Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau
redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak
engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul
kerosakan yang merata di muka bumi.
(H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan
asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?
Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar?
Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak
menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang
boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini
nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang
sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang
yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin.
Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia
sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang
paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa
dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi
kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat
dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih
terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta
pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah
tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di
atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu
kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu
berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah
segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin
awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu
susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu
apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka.
(Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu,
sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding
kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan
setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah.
InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku.
(H.R. Bukhari dan Muslim)
|
Anak Tebuan Comel! hey ANDA !! Anak Tebuan Comel here .. "Simple Is My Lifestyle" blog nih pasai rindu aku kat abah aku ja..takdak kena mengena dengan hang pon.. huhu !:) hate me?, move away! INI MEDAN..BETA YANG PUNYA ! PENGLIPUR LARA pondan pondan kesayangan hamba ! KEPONDANAN
Let's Talk!
The Credits!
Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Miss_Hana Own this blog : NABILAH HAMZAH
|