BUDAK SEKOLAH PUNYA BLOG!
Follow Dashboard
SEKIRANYA AKU MENJADI PILIHANMU :)
Friday, March 02, 2012 | 0Superstar (s)!

Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinla aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutupla matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku,

Sekiranya kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Sekiranya kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,

Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Sekiranya kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tertanya-tanya,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana-NYA”

Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba.. 




Older Post | Newer Post
Anak Tebuan Comel!


hey ANDA !! Anak Tebuan Comel here .. "Simple Is My Lifestyle" blog nih pasai rindu aku kat abah aku ja..takdak kena mengena dengan hang pon.. huhu !:)

hate me?, move away!

INI MEDAN..BETA YANG PUNYA !


Entry About Stuff Site


PENGLIPUR LARA


pondan pondan kesayangan hamba !
KEPONDANAN


Let's Talk!


The Credits!

Basecode by : Nadya and Qistina
Re.Design : Miss_Hana
Own this blog : NABILAH HAMZAH

Best View at GOOGLE CHROME!